Kumpulan Wagner

Perang Saudara Sudan Selatan (latihan dan keselamatan ketenteraan)[23]Revolusi Sudan[32]
Kemelut presiden Venezuela (latihan dan keselamatan ketenteraan)[33][34]
Insurgency in Cabo Delgado[35]Kumpulan Wagner (Bahasa Rusia: Группа Вагнераcode: ru is deprecated , tr. Gruppa Vagnera), juga dikenali sebagai PMC Wagner[48] (Bahasa Rusia: ЧВК[lower-alpha 1] «Вагнер»code: ru is deprecated , tr. ChVK «Vagner»[49]; lit. Syarikat Ketenteraaan Swasta Wagner), ialah sebuah organisasi separa tentera Rusia.[48] Ia digambarkan sebagai syarikat tentera swasta (PMC), rangkaian tentera upahan, atau tentera persendirian de facto Presiden Rusia Vladimir Putin.[48][50] Kumpulan tersebut beroperasi di luar undang-undang di Rusia, di mana syarikat tentera swasta dilarang dari segi undang-undang.[51][52][50] Kerana syarikat tersebut beroperasi untuk menyokong kehendak Rusia, ia kerap menerima peralatan daripada Kementerian Pertahanan Rusia (MoD) dan menggunakan infrstruktur ketenteraan MoD untuk latihan, Kumpulan Wagner dikatakan sebagai unit de facto MoD atau agensi perisikan tentera Rusia, GRU.[53] Walaupun Kumpulan Wagner sendiri tidak didorong oleh mana-mana ideologi,[54][55] pelbagai elemen Wagner telah dikaitkan dengan neo-Nazisme dan ekstremisme sayap kanan.[48][56][57]Ia dispekulasi secara meluas bahawa Kumpulan Wagner digunakan oleh kerajaan Rusia untuk membenarkan penafian bagi tindakan-tindakan kerajaan, serta mnyembunyikan kadar pengorbanan nyawa dan kos kewangan sebenar campur tangan kerajaan Rusia di negara asing.[58] Kumpulan tersebut mula dikenali secara meluas semasa bertindak di perang Donbas di Ukraine, di mana ia membantu pasukan pemisah pro-Rusia dari Donetsk dan Republik Rakyat Luhansk,yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri, dari tahun 2014 hingga 2015.[48] Ahli-ahli kontrak Wagner telah dilaporkan mengambil bahagian dalam pelbagai konflik di seluruh dunia, termasuk perang saudara di Syria, Libya, Republik Afrika Tengah dan Mali, di mana mereka sering berperang bagi pihak tentera yang sejajar dengan kerajaan Rusia.[48] Koperasi Wagner telah melakukan dan mengendalikan pelbagai jenayah perang di kawasan mereka beroperasi.[48][59][60] Tuduhan-tuduhan jenayah-jenayah perang tersebut termasuk rogol dan rompakan orang awam,[61] serta penyeksaan mereka yang dituduh membelot pihak Rusia, Wagner, atau mana-mana pihak yang sekutu dengan mereka.[62][63]Wagner telah memainkan peranan yang besar dalam pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, di mana, antara pelbagai aktiviti lain, mereka telah dilaporkan diarahkan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik dan tentera Ukraine,[64] serta merekrut tahanan untuk bertempur di barisan hadapan.[65][66] Pada Disember 2022, Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat John Kirby mendakwa bahawa Wagner mempunyai sebanyak 50,000 askar di Ukraine, termasuk 10,000 kontraktor dan 40,000 bekas banduan yang telah direkrut.[67] Pihak lain telahpun meletakkan bilangan banduan yang direkrut lebih daripada 20,000 askar,[68] dengan jumlah keseluruhan PMC yang hadir di Ukraine dianggarkan 20,000 askar.[69] Pada 2023, Rusia memberikan status veteran perang kepada kontraktor Wagner yang mengambil bahagian dalam pencerobohan tersebut.[70]Selepas bertahun-tahun menafikan hubungan dengan Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin, seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Putin, mengakui pada September 2022 bahawa dia telah "mengasaskan" kumpulan askar upahan tersebut.[71][72]

Kumpulan Wagner

Pertempuran dan peperangan Krisis Krimea[6][7]

Perang Saudara Sudan Selatan (latihan dan keselamatan ketenteraan)[23]

Revolusi Sudan[32]
Kemelut presiden Venezuela (latihan dan keselamatan ketenteraan)[33][34]
Insurgency in Cabo Delgado[35]

Lawan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (Pertempuran Khasham)
Kor Sukarela Rusia
Legion Kebebasan Rusia
Saiz
  • 50,000+ (Disember 2022)[1]
  • 8,000 (April 2022)[2]
  • 6,000 (Disember 2017)[3]
  • 1,000 (Mac 2016)[4]
  • 250 (2014)[5]
Bendera Fail:Flag of the Wagner Group.svg
Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh
Sekutu

Rujukan

WikiPedia: Kumpulan Wagner http://www.interpretermag.com/fontanka-investigate... http://news.sky.com/story/revealed-russias-secret-... http://www.yenisafak.com/en/world/wagner-russian-b... http://geo-politica.info/v-boyakh-v-sirii-pogib-ur... http://www.fontanka.ru/2016/03/28/171/ http://www.fontanka.ru/2013/11/14/060/ http://www.iarex.ru/news/56760.html http://en.news-4-u.ru/the-media-reported-the-death... http://en.interfax.com.ua/news/general/453498.html http://nv.ua/world/geopolitics/pojavilos-video-iz-...